kerana perempuan adalah pasangan bagi lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubungkait dengan nafsu. jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikkan syaitan.
jadi untuk mengaswal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. untuk mendapatkan iman, mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. simbol apa, semua orang tahu. orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal, jika tidak dikawal dengan iman. maka mata lelaki ini selalu menjalar, apabila terlihat seorang perempuan.
setiap bentuk badan perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nafsu. apabila seorang lelaki terlihat seorang permpuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. maka akan ditafsirlah berbagai-bagai cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun kebawah melihat bentuk lehernya, maka wjiblah wanita itu menutup lehernya. maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payudaranya, maka wanita itu berkewajipan lah menutup bentuk payudaranya dengan melabuhkan tudungnya.
setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkan lah pakaian supaya tidak ternampak bentuknya. maka lelaki itu melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan. dan lelaki itu pula akan melihat bentuk pahanya, maka janganlah sesekali wanita itu mamakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pahanya walaupun sedikit. maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar kerana terus terang pihak lelaki bercakap walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh tetapi jike wanita memakai seluar walau nampak besar sekalipun nafsu lelaki akan terusik secara sepontan.
mata lelaki ini nakal, setelah tidak terlihat BENTUK kakinya, maka akan dilihatnya pula kakinya. maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu agar tidak berdosa dengan menutup kakinya dengan kain labuh atau memakai stokingg. tapi jangan sesekali memakai stoking berwarna kulit pereempuan. maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, melihat bentuk tangan perempuan. maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
maka wahai lelaki, janganlah kamu melihat mukanya. kerana ia akan menimbulkan fitnah kecuali jika kamu wahai lelaki ingin meminangnya. jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah. maka berpurdahlah kamu jika itu lebih baik untuk kamu.
tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.
maka oleh ittu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. jika hendak pakaipun, pakailah untuk suami. itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu di ingatkan. jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai. perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing . jangan keluar seorang-seorang, keluarlah dengan mahram atau keluarlah sekurang-kurangnya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar. mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah. walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.