sometimes hiding our own feeling is the best way from being described on what we are tryin to keep on. whatever it takes or how the situation seems going to be on, i still manage to smile than cry it all out & i'd manage to act like nothing is happen although im dying, breaking and tearing apart inside.

Sabtu, 28 Mei 2011

Hasbi Robbi Jalallah~

Ya ALLAH, seandainya telah KAU catatkan dia menjadi milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkan kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi.

Ya ALLAH Yang Maha Pengasih, seiringkanlah dalam melayari kehidupan yang sejahtera sebagaimana yang KAU khendaki. Ya ALLAH, walau dimanapun dia, KAU lindungilah dia dalam jagaanMU. kau berikan kesihatan kepadanya, KAU tetapkan hatinya dalam jalan ketaatan kepadaMU.

Ya ALLAH, banyak lagi yang mahu ku pinta dan banyak lagi yang KAU tahu tentang isi hatiku. terlalu banyak sehingga aku tak mampu dan merasa tak layak meminta. Ya ALLAH, cinta ini telahku serahkan padaMU dan rinduku telah ku semaikan untukMU hingga membuatkan hatiku berpaling pada dunia membuat sayangku tersemai pada ketaatan perintahMU.

tiada lagi yang termampu ku lakukan untuk menunggu, namun KAU memujuk bahawa wanita yang baik itu tercipta untuk lelaki yang baik. KAU tidak pernah menzalimi hamba-hambaMU, setiap pemberianMU adalah mengikut kadar yang setaraf dengan usahaku. bila KAU mengujiku, juga tarbiyyah yang setaraf dengan kemampuanku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan