a woman is like a "tea bag", you never know how strong she is until she gets in the hot water.
what i write is based on what is inside my head & what i judge down is based on every single thing i feel. it's all regarding about a life, a fact & a truth.
Selasa, 25 Oktober 2011
terimakasih untuk segalanya.
Engkau kurniakan dia an-nur, Engkau lapangkan dadanya, Engkau tunjukkan dia jalan menuju redha-Mu. Engkau jauhkanlah dirinya dari laranganMu, Engkau berikan dirinya kedamaian, kehidupan yang diimpikannya.
Engkau pimpinlahlah aku untuk merelakan & meredhainya. sesungguhnya aku tidak layak memilikinya, aku hanya milik-Mu.
ya Allah, Engkau kabulkan lah setiap doa & permintaannya. ampunkan segala dosa-dosanya sama ada yang kecil atau besar, senghaja atau tidak. Engkau berikan dia kebahagiaan didunia & di akhirat yang kekal abadi.
ya Allah, aku meminta kepadaMu agar Engkau mendengar setiap doaku, rintihan & tangisanku. tidak ada lagi yang boleh membuat aku tersenyum bahagia selain melihat dia sendiri bahagia bersama orang-orang yang disayanginya, walaupun tanpa kehadiran diriku.. suatu kepastian.
Engkau biarkan lah aku bersenyum, walau aku merintih. biarkanlah aku ketawa, walau sebenarnya aku meronta. Engkau biarkan lah aku merelakannya, walaupun sebenarnya aku tidak berupaya mendapat apa yang ku ingini, apa yang aku idamkan. setiap tangisan ku tidak bererti, namun aku tetap memohon agar Engkau memperkenankan doaku.
untuk sekali ini saja, bersama air mata aku memohon kepadaMu agar Engkau mendengar segala doa-doaku ya Allah.
AMIN 40X YA ROBBAL 'ALAMIN.
Sabtu, 28 Mei 2011
Hasbi Robbi Jalallah~
Ya ALLAH Yang Maha Pengasih, seiringkanlah dalam melayari kehidupan yang sejahtera sebagaimana yang KAU khendaki. Ya ALLAH, walau dimanapun dia, KAU lindungilah dia dalam jagaanMU. kau berikan kesihatan kepadanya, KAU tetapkan hatinya dalam jalan ketaatan kepadaMU.
Ya ALLAH, banyak lagi yang mahu ku pinta dan banyak lagi yang KAU tahu tentang isi hatiku. terlalu banyak sehingga aku tak mampu dan merasa tak layak meminta. Ya ALLAH, cinta ini telahku serahkan padaMU dan rinduku telah ku semaikan untukMU hingga membuatkan hatiku berpaling pada dunia membuat sayangku tersemai pada ketaatan perintahMU.
tiada lagi yang termampu ku lakukan untuk menunggu, namun KAU memujuk bahawa wanita yang baik itu tercipta untuk lelaki yang baik. KAU tidak pernah menzalimi hamba-hambaMU, setiap pemberianMU adalah mengikut kadar yang setaraf dengan usahaku. bila KAU mengujiku, juga tarbiyyah yang setaraf dengan kemampuanku.
Isnin, 3 Januari 2011
lahaula wala qu wata ila billah hil 'aliyil azim.
merinduinya ya Rabb.
ya Allah, temukanlah ku dengan insan yang sanggup berjalan di atas titian yang rapuh hanya untuk menggapai redhaMu, dan ajarkan lah aku untuk setia taat kepada agamaku. walau aku tak sehebat saidatina khadijah, tidak setanding balqis, tidak setabah isteri nabi daud, tapi jadikan aku hambaMu yang sentiasa menjegar akhirat yang pasti, yang taat kepada kedua ibu bapakau. amin ya robbal 'alamin.
doaku, semoga dirinya dirahmati. yang tersirat adalah segala yang tersurat, aku redha. alhamdulillah.
syukran jazillan~
Jumaat, 3 Disember 2010
sebab mata lelaki gemar lihat badan wanita.
kerana perempuan adalah pasangan bagi lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubungkait dengan nafsu. jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikkan syaitan.
jadi untuk mengaswal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. untuk mendapatkan iman, mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. simbol apa, semua orang tahu. orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal, jika tidak dikawal dengan iman. maka mata lelaki ini selalu menjalar, apabila terlihat seorang perempuan.
setiap bentuk badan perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nafsu. apabila seorang lelaki terlihat seorang permpuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. maka akan ditafsirlah berbagai-bagai cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun kebawah melihat bentuk lehernya, maka wjiblah wanita itu menutup lehernya. maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payudaranya, maka wanita itu berkewajipan lah menutup bentuk payudaranya dengan melabuhkan tudungnya.
setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkan lah pakaian supaya tidak ternampak bentuknya. maka lelaki itu melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan. dan lelaki itu pula akan melihat bentuk pahanya, maka janganlah sesekali wanita itu mamakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pahanya walaupun sedikit. maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar kerana terus terang pihak lelaki bercakap walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh tetapi jike wanita memakai seluar walau nampak besar sekalipun nafsu lelaki akan terusik secara sepontan.
mata lelaki ini nakal, setelah tidak terlihat BENTUK kakinya, maka akan dilihatnya pula kakinya. maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu agar tidak berdosa dengan menutup kakinya dengan kain labuh atau memakai stokingg. tapi jangan sesekali memakai stoking berwarna kulit pereempuan. maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, melihat bentuk tangan perempuan. maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
maka wahai lelaki, janganlah kamu melihat mukanya. kerana ia akan menimbulkan fitnah kecuali jika kamu wahai lelaki ingin meminangnya. jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah. maka berpurdahlah kamu jika itu lebih baik untuk kamu.
tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.
maka oleh ittu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. jika hendak pakaipun, pakailah untuk suami. itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu di ingatkan. jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai. perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing . jangan keluar seorang-seorang, keluarlah dengan mahram atau keluarlah sekurang-kurangnya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar. mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah. walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.
Sabtu, 27 November 2010
Hujan DI Petang
bukan ku minta pertemuan jika akhirnya perpisahan yang mendatang, bukan ku rayu diriku dicintai jika akhirnya aku ditinggalkan. ternyata benar janji itu hanya manis dimulut tetapi menjadi racun berbisa bila tidak di kotakan. ataukah aku yang terlalu berharap untuk memiliki hatimu sedangkan engkau hanya ingin memainkan perasaanku? butakah cintaku atau bersalahkah diriku yang terlalu mengharapkanmu mengisi bunga-bunga cinta disetiap ruang hatiku?
ku tahu cinta bukannya paksaan dan paksaan dalam bercinta hanya membuat hati merana tapi cinta bukannya paaksaan. kita saling cinta mencintai namun hatiku merana jua. benarlah kata-kata orang tua cinta yang TIDAK disirami bunga-bunga kejujuran dan keikhlasan akan menemui kegagalan. apakah aku saja yang penuh ikhlas dan jujur mencintai dirimu sedangkan kau sewenang-wenangnya membunuh segala keikhlasan dan kejujuran dalam bercinta. jika sesungguhnya dihatimu benar ADA cinta untukku tetapi mengapa hatiku DILUKAI? sedarlah bahawa luka yang kau tinggalkan terlalu dalam dan amat sukar untuk aku membalutnya kembali. aku tak tahu adakah aku mampu menyembuhkan luka yang amat dalam yang kau beri.
jika dihatimu hanya ada dendam untuk menyakiti hati perempuan seperti AKU, padamkanlah ia kerana kelak ia akan membakar dirimu jua. siramilah api dendammu dengan kesejukkan cinta seorang perempuan. mungkin kau pernah mengalami betapa deritanya sebuah cinta yang tak kesampaian. tetapi mengapa kau melakukannya pada SEBUAH HATI SUCI yang AMAT mencintaimu? sedarlah sebelum dirimu dilukai buat kali kedua kerana kepedihan dari kelukaan amat tersiksa untuk ditanggung. cukup sekali hati dilukai kerana luka kedua kali hanya membuat diri serik untuk bercinta.
cinta diciptakan dan dianugerahkan kepada setiap hati insan bukan untuk dimungkiri kemudian ditinggalkan begitu saja. tetapi jika hati telah tertutup untuk bercinta lagi, jangan sakiti dan lukai hati orang yang mencintaimu. kelukaan yang kau tinggalkan buatku, sesungguhnya telah mendewasakanku.
terima kasih atas kelukaan itu sayang, akan ku rawat ia walaupun amat sukar untukku melakukannya. doaku semoga akan terbuka hatimu untuk mencintai seseorang dengan keikhlasan dan kejujuran yang hakiki. walaupun kelak perempuan itu bukan diriku yang setia mencintaimu.
terimakasih buatmu yang melumpuhkan hatiku. yang telah mengenalkanku erti sebuah penderitaan. aku salah menilaimu selama ini. sakit hatiku saat engkau mencintai dia dan tak ada pernah ada namaku dalam kamus cintamu. sakit teramat sangat. namun rasa itu lebih baik saat aku mengerti bahawa SENYUMMU ADALAH SEGALANYA BAGIKU. akan ku ingat selalu sampai hayat akhirku. entah sampai bila akan HILANG PERASAANKU TERHADAPMU?
yang selalu menyayangimu,
eyfaaJ.
Khamis, 16 September 2010
He never silents to any Do'a
ampunkn dosa-dosaku,
ampunkan dosa-dosa kedua ibu bapaku,
ampunkan dosa guru-guruku,
ampunkan dosa keluargaku,
ampunkan dosa-dosa kawanku ya Allah,
ampunkan dosa-dosa org yg menyayangi diriku
dan ampunkan dosa orang yang ku sayangi.
ya ALLAH, ku akui aku lalai dalam mengerjakan suruhanmu,
ku akui maksiat adalah temanku ketika berdamping dengannya,
aku tau dia bukan muhrimku,
dan aku tau inilah balasan untukku.
sedangkan aku sudah tahu cinta yang sejati hanya cinta ilahi.
ya ALLAH,
kau tabahi aku dalam apapun keadaanku,
berikan ku kekuatan,
berikan ku semangat ya ALLAH,
ajar lah aku cara meredhai,
dan cara berserah padamu ya ALLAH.
ya ALLAH,
tiada lagi yang ku ingin pohonkan,
selain engkau melapangkan dadaku ini ya ALLAH.
ku akui cintaku tak seindah cinta NABI MUHAMMAD untuk SAIDATINA KHADIJAH,
tidak seagung cinta NABI YUSOF untuk ZULAIKHA,
tapi izinkan aku terus berpijak dibumi dengan rasa cinta,
cinta padaMu,
rasulMu,
kitabMu,
agamaMu,
ajaranMu
dan semua yang ada padaMu.
Selasa, 15 Jun 2010
Madah Hati
Tanpa senyum dan gelak tawaku,
Dengan air matakuSepi menemaniku,
Hati dihiris luka,
Diri dianggap tiada,
Dicari bila merana,
Dicampak bila gembira,
Dirayu bila terluka,
Ditinggal bila bahagia,
Aku bukan patung,
Aku hanyalah manusia biasa,
Biar bintang ku hitung,
Tapi bukan berhitung dengan kata-kata.
Aku kenali cinta,
Cinta yang ku rasakan suci,
Aku kehilangan kata,
Saat diri ditemani sepi.
Ku ingin menyata,
Ku ingin meronta
Dan ku ingin berkata,
Hatiku kosong!