bersama hari-hari semalam yang penuh luka, ku lalui hidup ini walaupun penuh derita dan sengsara. hari semalam telah mengenalkan aku akan erti sebuah derita percintaan. percintaan yang pada mulanya mengajar aku erti kebahagiaan mencintai dan dicintai, akhirnya memaksa aku menelan pahit getirnya perpisahan yang tak terduga. mana janji-janji mu?
bukan ku minta pertemuan jika akhirnya perpisahan yang mendatang, bukan ku rayu diriku dicintai jika akhirnya aku ditinggalkan. ternyata benar janji itu hanya manis dimulut tetapi menjadi racun berbisa bila tidak di kotakan. ataukah aku yang terlalu berharap untuk memiliki hatimu sedangkan engkau hanya ingin memainkan perasaanku? butakah cintaku atau bersalahkah diriku yang terlalu mengharapkanmu mengisi bunga-bunga cinta disetiap ruang hatiku?
ku tahu cinta bukannya paksaan dan paksaan dalam bercinta hanya membuat hati merana tapi cinta bukannya paaksaan. kita saling cinta mencintai namun hatiku merana jua. benarlah kata-kata orang tua cinta yang TIDAK disirami bunga-bunga kejujuran dan keikhlasan akan menemui kegagalan. apakah aku saja yang penuh ikhlas dan jujur mencintai dirimu sedangkan kau sewenang-wenangnya membunuh segala keikhlasan dan kejujuran dalam bercinta. jika sesungguhnya dihatimu benar ADA cinta untukku tetapi mengapa hatiku DILUKAI? sedarlah bahawa luka yang kau tinggalkan terlalu dalam dan amat sukar untuk aku membalutnya kembali. aku tak tahu adakah aku mampu menyembuhkan luka yang amat dalam yang kau beri.
jika dihatimu hanya ada dendam untuk menyakiti hati perempuan seperti AKU, padamkanlah ia kerana kelak ia akan membakar dirimu jua. siramilah api dendammu dengan kesejukkan cinta seorang perempuan. mungkin kau pernah mengalami betapa deritanya sebuah cinta yang tak kesampaian. tetapi mengapa kau melakukannya pada SEBUAH HATI SUCI yang AMAT mencintaimu? sedarlah sebelum dirimu dilukai buat kali kedua kerana kepedihan dari kelukaan amat tersiksa untuk ditanggung. cukup sekali hati dilukai kerana luka kedua kali hanya membuat diri serik untuk bercinta.
cinta diciptakan dan dianugerahkan kepada setiap hati insan bukan untuk dimungkiri kemudian ditinggalkan begitu saja. tetapi jika hati telah tertutup untuk bercinta lagi, jangan sakiti dan lukai hati orang yang mencintaimu. kelukaan yang kau tinggalkan buatku, sesungguhnya telah mendewasakanku.
terima kasih atas kelukaan itu sayang, akan ku rawat ia walaupun amat sukar untukku melakukannya. doaku semoga akan terbuka hatimu untuk mencintai seseorang dengan keikhlasan dan kejujuran yang hakiki. walaupun kelak perempuan itu bukan diriku yang setia mencintaimu.
terimakasih buatmu yang melumpuhkan hatiku. yang telah mengenalkanku erti sebuah penderitaan. aku salah menilaimu selama ini. sakit hatiku saat engkau mencintai dia dan tak ada pernah ada namaku dalam kamus cintamu. sakit teramat sangat. namun rasa itu lebih baik saat aku mengerti bahawa SENYUMMU ADALAH SEGALANYA BAGIKU. akan ku ingat selalu sampai hayat akhirku. entah sampai bila akan HILANG PERASAANKU TERHADAPMU?
yang selalu menyayangimu,
eyfaaJ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan